Khamis, 7 April 2016

Patin Jeruk

Apa  yang korang pikirkan, jika mendengar nama ikan Patin? Nah, pasti akan terlintas adalah muncung dia bermisai, ataupun sengat dia yang tajam, juga perangai dia yang suka melanggar apa-apa pun di depannya.


          Selain itu, bercakap pasal makanan. Masakan apa yang nak korang masak, bila tersedia ikan Patin saja di peti ais korang? Pastilah tempoyak, kan? Sebab itu kan memang makan yang paling digemari ramai orang, bukan hanya di Negeri Pahang sahaja. Kalau tak masak lemak dan lain-lain selain daripada tempoyak kan?


          Nah, hari ini saya nak berkongsi pasal ikan dengan nama saintifiknya iaitu Pangasius sutchi ini.

          Selain bisa dibuat bermacam-macam  masakan. Ikan yang masih ada hubungan sedara dengan ikan keli (Genus Familia Pangasidae) ini. Juga boleh dijadikan makanan yang boleh tahan sehingga lama tau! Nama dia Patin Jeruk. Hanya saja, untuk membuat Patin Jeruk ini diperlukan masa yang cukup lama. Mengikut cuaca yang sedang terjadi sahaja. Bila cuaca tengah panas, itu elok sangat untuk proses pengeringan. Tetapi kalau masa tengah musim hujan, baik pikir-pikir dulu ye! Bila nak buat makanan yang sudah jarang sekali orang buat ini.

          Baik, berikut bahan dan cara membuat Patin Jeruk.


Bahan-bahan :

1.    Ikan Patin           (10 kg)
2.    Garam                  (400 grm)
3.    Asam Keping      (satu pack kecil)
4.    Cuka makanan    (200-300 ml)
5.    Air                        (5 cawan)
6.    MSG/Monosodium Glutamate (Ajinomoto) “Ikut Selera”


Cara  menyediakan ramuan  :

1.    Rebus air+garam
2.    Bila garam dah larut dalam air, masukkan asam keeping
3.    Masukkan cuka dan beberapa sudu MSG.
4.    Bila semua dah campur, tunggu sehingga 30 minit. Lalu tutup api dapur.



Cara membuat Patin Jeruk :

1.     Memotong ikan Patin daripada atas dia sehingga bawah, sampai berbentuk nipis. Macam pinang dibelah dua.
2.    Basuh ikan Patin dengan bersih, lalu ambil ramuan dan bubuh sehingga merata seluruh badan ikan Patin tersebut.
3.    Jemur ikan Patin di bawah sinar matahari. (dalam menjemur ikan ini sebaiknya tidak harus kering-kering sangat macam ikan masin. Dan biasanya diperlukan masa beberapa hari untuk dapat hasil kering yang cukup, jika ikan tersebut tebal.)
4.    Angkat jika sekiranya sudah kering dan boleh di proses menjadi makanan mengikut selera korang.



Sebenarnya ini adalah cara untuk membuat awet ikan patin itu agar tidak cepat rosak. Terlebih bila korang suka sangat dengan ikan patin, tapi kena tunggu lama untuk mendapatkannya (entah pasal jauh daripada kolam, ataupun jarang ada penjual ikan patin di sekitar rumah korang) mungkin cara seperti ini boleh dijadikan pilihan.

     Semoga informasi ini bermanfaat.


Jumaat, 08-04-2016
Salam …

Writer : Alif Taufik.

Jumaat, 1 April 2016

Tentang Blog Ini

 Ini adalah postingan pertama kami di Blog baru ini.




Y-Z Aquaculture Farm adalah bisnes yang bergerak dibidang ternakan ikan air tawar. Diantara ikan-ikan air tawar yang kami ternakan ialah ikan Keli(sembilang), ikan Tilapia, ikan Patin, ikan Pacu(bawal hitam), ikan Puyu(Bethuk), dan ikan Lampam.

Ikan Keli Matang

Ikan Patin Matang


Selain menjual ikan-ikan matang, kami juga membekal benih ikan Keli, benih ikan Puyu, benih ikan  Tilapia, benih ikan Lampam, dan benih ikan Likoh.

Anak Ikan Keli




Syarikat kami bertempat di Kampung Gadong, Kota, 71350 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Nombor Pejabat          : 06-4383855

Nombor Hp                 : +6013-2367297 / +6012-9271639
Email                         : yzaquaculture@yahoo.com
gmail                         : yzaquaculture@gmail.com


Atau Cawangan Kami di Kampong Pulau Bintungan, Rembau, NSDK.
Nombor Pejabat           : 06-4383855
Nombor Hp                  : +60136759115

Anda juga boleh mengikuti(Follow) kami di   Facebook 
Ataupun boleh mengunjungi page kami di  YZ Aquaculture Farm