Isnin, 16 Mei 2016

Ikan Tilapia

Tentang Ikan Tilapia Merah.


 Ikan Tilapia merah adalah nama umum untuk jenis ikan cichlid yang ratusan ragamnya dari tribe tilapiine cichlid. Ikan ini termasuk jenis yang sikit susah bertahan hidup dibanding ikan-ikan air tawar yang lain. Ikan ini hanya bisa hidup dan membesar di air tawar yang tingkat kekeruhannya rendah. Seperti di sungai, tasik, dan sekali-sekala di air payau. Ikan berjenis Omnevous atau Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan) ini juga suka memakan makanan semula jadi. Seperti plankton, rumpai, moena, lumut dan sejenisnya.


Salah satu kelebihan ikan tilapia merah ini iaitu dia  bisa membiak dengan sendiri tanpa ada bantuan pengawanan oleh manusia. Berbeza dengan ikan jenis lain (keli, Patin, Puyu, Bawal dan yang lainnya). Ikan tilapia ini boleh membiak ketika berumur  4-5 bulan. Biasanya ikan tilapia muda itu baru sebesar tapak tangan orang dewasa.

Selain dedak, makanan tambahan ikan yang sudah diternak sejak jaman mesir kuno ini iaitu dengan memproses sendiri makanannya. Boleh juga telur ayam yang direbus lalu digiling sehinggga hancur. Ataupun jagung yang direbus sehingga masak. Hampas kacang tanah, kelapa, soya, bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

1.     Faktor pembesaran.

Masa pembesaran ikan ini boleh memakan waktu 6 sehinggalah 10 bulan. Mengikut jenis ikan. Kelajuan pembesaran ikan ini juga dipengaruhi oleh beberapa factor.  Diantaranya :

a.      Sebab makanan.
Makanan ikan menjadi tolak ukur dalam menternak segala jenis ikan. Makanan yang mengandung protein tinggi dipercaya mampu meningkatkan kelajuan pembesaran ikan Tilapia.

b.      Quality air.
Semakin baik quality air kolam, maka semakin baik juga kelangsungan hidup haiwan-haiwan di dalamnya.

c.      Indukan yang baik.

Cara menjaga ikan tilapia ini tergolong senang. Memberinya makan dua kali dalam sehari (pagi & petang), menjaga air sentiasa elok (tak telampau keruh dan masam), menjaga ikan dari pemangsa.


2.     Jenis-jenis Ikan Tilapia.

Ikan Tilapia ini terbagi berbagai jenis. Namun orang lebih suka membedakannya berdasarkan warna. Iaitu merah dan hitam. Walaupun sebenarnya ikan ini memiliki banyak jenis. Kemudian dikacukan dari macam-macam  jenis yang sedia ada, sehingga muncul jenis baru dari hasil kacukan tersebut.

a.     Tilapia GIFT
Genetic Improvement of Farmed Tilapia ialah hasil percampuran baka tilapia dari 8 negara : Kenya, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan.
Artikel Jenis Tilapia

b.     Tilapia BOLD
Bogor Enhanced Strain of Tilapia.

c.      Tilapia Chitralada (Ikan Diraja Thailand)
Tilapia Chitralada ialah keturunan dari tilapia yang dihadiahkan oleh Raja Jepun kepada Raja Bhumigol Thailand pada tahun 1965. Ikan tersebut dipelihara di dalam perkarangan istana Chitralada, lantas terhasillah nama Tilapia Chitralada yang terkenal shingga kini.

d.     Tilapia NIFI (National Inland Fisheries Institute)


3.     Cara Menjaga Ikan.

Cara menjaga ikan tilapia ini tergolong senang. Memberinya makan dua kali dalam sehari (pagi & petang), menjaga air sentiasa elok (tak telampau keruh dan masam), menjaga ikan dari pemangsa.
Ada beberapa cara untuk menjaga ikan tilapia ini.

a.     Tempat menternak yang baik iaitu kolam tanah.

b.     Gunakan baja air, yang bertujuan untuk membuat air menjadi hijau. Di dalam air yang hijau akan tumbuh haiwan atau tumbuhan sejenis rumpai yang bisa menjadi makanan semula jadi di dalamnya. Sehingga ikan tilapia tidak akan susah mendapatkan bekalan makanan karena ianya berjenis omnevous/maserba. Meski demikian air yang terlampau hijau pun tidaklah baik. Karena tumbuhan rumpai dan lumut akan menyerap banyak oksigen ketika waktu malam. Dan memenjadikan kadar oksigen semakin berkurang bagi ikan tilapia. Bahkan boleh menjadikan ikan tersebut tak tahan dan mati.

c.      Bagi air sentiasa bergerak. (masuk & keluar) dan buat saluran pembuangan yang sesuai.

d.     Bagi makan dengan teratur. Ini sebagai kegiatan asas yang harus di lakukan. Sebab bagaimanapun ikan dapat cepat membesar jika makanan mencukupi. Makanan ini tidak harus berupa pellet/dedak sahaja. Bisa juga mengolah limbah buangan yang masih boleh digunakan kembali. Bahkan kandungannya sangat baik utnuk tumbuh besar ikan. Diantaranya telur, ampas soya, jagung dan banyak selainnya.

e.      Pisahkan anak dari induk ikan ketika anak sudah sebesar setengah inchi.
Memindahkannya bisa dengan cara menjaringnya, ataupun mengering air kolam.
(Selalunya ikan ini jika sudah sebesar tapak jari sudah boleh membiak. Mengikut pengaalaman orang yang sudah berpuluh tahun menternak ikan ini. Sebaiknya jika ikan tilapia ini sudah memasuki bulan ke empat/ ikan sudah sebesar tapak tangan orang dewasa. Masukkan ikan pemangsa ke dalam kolam. Semisal haruan, baung. Ini bertujuan untuk mengurangi kepadatan ekosistem dalam kolam. Selain itu ikan tilapia akan cepat membesar karena ketersediaan makanan tidak berkurang karena adanya anak-anak tilapia tersebut. Dan ini bisa disebut dengan hubungan Simbiosis Mutualisme, karena ikan-ikan pemangsa itupun akan lebih cepat membesar karena karena memakan anak-anak ikan tilapia.

Semoga Bermanfaat.
Salam…
Writer :
Alif Taufik

Khamis, 7 April 2016

Patin Jeruk

Apa  yang korang pikirkan, jika mendengar nama ikan Patin? Nah, pasti akan terlintas adalah muncung dia bermisai, ataupun sengat dia yang tajam, juga perangai dia yang suka melanggar apa-apa pun di depannya.


          Selain itu, bercakap pasal makanan. Masakan apa yang nak korang masak, bila tersedia ikan Patin saja di peti ais korang? Pastilah tempoyak, kan? Sebab itu kan memang makan yang paling digemari ramai orang, bukan hanya di Negeri Pahang sahaja. Kalau tak masak lemak dan lain-lain selain daripada tempoyak kan?


          Nah, hari ini saya nak berkongsi pasal ikan dengan nama saintifiknya iaitu Pangasius sutchi ini.

          Selain bisa dibuat bermacam-macam  masakan. Ikan yang masih ada hubungan sedara dengan ikan keli (Genus Familia Pangasidae) ini. Juga boleh dijadikan makanan yang boleh tahan sehingga lama tau! Nama dia Patin Jeruk. Hanya saja, untuk membuat Patin Jeruk ini diperlukan masa yang cukup lama. Mengikut cuaca yang sedang terjadi sahaja. Bila cuaca tengah panas, itu elok sangat untuk proses pengeringan. Tetapi kalau masa tengah musim hujan, baik pikir-pikir dulu ye! Bila nak buat makanan yang sudah jarang sekali orang buat ini.

          Baik, berikut bahan dan cara membuat Patin Jeruk.


Bahan-bahan :

1.    Ikan Patin           (10 kg)
2.    Garam                  (400 grm)
3.    Asam Keping      (satu pack kecil)
4.    Cuka makanan    (200-300 ml)
5.    Air                        (5 cawan)
6.    MSG/Monosodium Glutamate (Ajinomoto) “Ikut Selera”


Cara  menyediakan ramuan  :

1.    Rebus air+garam
2.    Bila garam dah larut dalam air, masukkan asam keeping
3.    Masukkan cuka dan beberapa sudu MSG.
4.    Bila semua dah campur, tunggu sehingga 30 minit. Lalu tutup api dapur.



Cara membuat Patin Jeruk :

1.     Memotong ikan Patin daripada atas dia sehingga bawah, sampai berbentuk nipis. Macam pinang dibelah dua.
2.    Basuh ikan Patin dengan bersih, lalu ambil ramuan dan bubuh sehingga merata seluruh badan ikan Patin tersebut.
3.    Jemur ikan Patin di bawah sinar matahari. (dalam menjemur ikan ini sebaiknya tidak harus kering-kering sangat macam ikan masin. Dan biasanya diperlukan masa beberapa hari untuk dapat hasil kering yang cukup, jika ikan tersebut tebal.)
4.    Angkat jika sekiranya sudah kering dan boleh di proses menjadi makanan mengikut selera korang.



Sebenarnya ini adalah cara untuk membuat awet ikan patin itu agar tidak cepat rosak. Terlebih bila korang suka sangat dengan ikan patin, tapi kena tunggu lama untuk mendapatkannya (entah pasal jauh daripada kolam, ataupun jarang ada penjual ikan patin di sekitar rumah korang) mungkin cara seperti ini boleh dijadikan pilihan.

     Semoga informasi ini bermanfaat.


Jumaat, 08-04-2016
Salam …

Writer : Alif Taufik.

Jumaat, 1 April 2016

Tentang Blog Ini

 Ini adalah postingan pertama kami di Blog baru ini.




Y-Z Aquaculture Farm adalah bisnes yang bergerak dibidang ternakan ikan air tawar. Diantara ikan-ikan air tawar yang kami ternakan ialah ikan Keli(sembilang), ikan Tilapia, ikan Patin, ikan Pacu(bawal hitam), ikan Puyu(Bethuk), dan ikan Lampam.

Ikan Keli Matang

Ikan Patin Matang


Selain menjual ikan-ikan matang, kami juga membekal benih ikan Keli, benih ikan Puyu, benih ikan  Tilapia, benih ikan Lampam, dan benih ikan Likoh.

Anak Ikan Keli




Syarikat kami bertempat di Kampung Gadong, Kota, 71350 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Nombor Pejabat          : 06-4383855

Nombor Hp                 : +6013-2367297 / +6012-9271639
Email                         : yzaquaculture@yahoo.com
gmail                         : yzaquaculture@gmail.com


Atau Cawangan Kami di Kampong Pulau Bintungan, Rembau, NSDK.
Nombor Pejabat           : 06-4383855
Nombor Hp                  : +60136759115

Anda juga boleh mengikuti(Follow) kami di   Facebook 
Ataupun boleh mengunjungi page kami di  YZ Aquaculture Farm